WELCOME TO MY BLOG
Sunday, 24 February 2013
TEMBOK API (FIREWALL)
Tembok Api atau dinding api adalah suatu sistem
perisian yang membenarkan lalu lintas rangkaian yang dianggap selamat untuk
dapat melaluinya dan mencegah lalu lintas rangkaian yang
dianggap tidak selamat. Umumnya, sebuah tembok-api diterapkan dalam sebuah
mesin terdedikasi, yang berjalan pada pintu gerbang (gateway )
antara rangkaian tempatan dengan
rangkaian Internet.Tembok-api digunakan untuk menyekat
atau mengawal akses terhadap siapa saja yang
mempunyai akses terhadap rangkaian peribadi dari pihak luar.Saat ini,
istilah firewall menjadi istilah lazim yang merujuk kepada
sistem yang mengatur komunikasi antara dua macam rangkaian yang
berbeza.Mengingat saat ini banyak syarikat yang mempunyai akses ke Internet dan
juga tentu saja rangkaian berbadan hukum di dalamnya, maka perlindungan terhadap
peranti digital syarikat tersebut dari serangan para penggodam,
pemata-mata, ataupun pencuri data lain, menjadi kenyataan.
SIBER BULI
Siberbuli "melibatkan kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi
untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh oleh seorang individu atau
kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain.
JENAYAH SIBER
Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung???
Jenayah siber merupakan jenayah yang baharu pada abad ini.Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
PENGGODAM
Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk
kepada penggodam komputer
yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau
masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.
Dalam
penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah).. Terdapat juga penggodam beretika (biasanya
digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar
kedudukannya (topi kelabu).
Subscribe to:
Posts (Atom)